Bergembiralah wahai semua pemilik Star Wars Battlefront!

Bagi korang yang memiliki Star Wars Battlefront tetapi tidak pernah bermain mana-mana DLC berbayar sebelum ini kerana ketiadaan Season Pass, korang usah bimbang lagi. Buat masa ini, EA sedang memberikan Season Pass secara percuma untuk korang dapatkan di PS4, PC dan Xbox One.

Walau bagaimanapun, untuk pemain Xbox One, Xbox Live Gold diperlukan untuk korang dapatkan Season Pass ini secara percuma. Manakala, untuk pemain PS4 dan PC, semua pemain boleh mendapatkannya secara percuma.

Korang boleh dapatkan Season Pass untuk Star Wars Battlefront ini untuk PS4 di sini, PC di sini dan Xbox One di sini.

Semasa artikel ini ditulis, ia belum diketahui lagi sama ada Season Pass ini akan kekal percuma atau hanya dalam masa terhad. JomGaming akan mengemaskini artikel ini sekiranya terdapat maklumat baru mengenai perkara ini.

Sama ada ia kekal atau dalam masa terhad, usah korang berlengah lagi! Dapatkan Season Pass untuk Star Wars Battlefront sekarang!

Comments

comments