Selepas berjaya menggunakan model ini di Rainbow Six Siege, nampaknya ia bakal ditampilkan ke dalam For Honor pula. 

[KEMASKINI]:

Selepas info mengenai Season Pass telah leaked sebelum ini, Ubisoft akhirnya telah mengumumkan secara rasmi apakah yang bakal didapati oleh para pemain melalui pembelian Season Pass ini.

Sememangnya apa yang telah leaked sebelum ini adalah tepat dengan apa yang Ubisoft telah umumkan. Anda boleh baca mengenai Season Pass ini melalui laporan asal di bawah.

Maklumat tambahan yang diumumkan Ubisoft yang tidak terdapat dalam leaked tersebut adalah, seperti dijangka, ia akan menggunakan model yang sama seperti musim-musim Rainbow Six Siege. 3 musim akan dibawakan dalam tahun pertama, dengan setiap musim akan menampilkan 2 Hero baru.

Di samping itu, mereka juga telah mengumumkan mode Ranked Play dan pertandingan-pertandingan kompetitif yang akan dibawakan selepas game ini dilancarkan kelak. Berita ini sangat mengujakan kami kerana nampaknya game pertarungan jarak dekat ini akan dibawa ke arena eSports!

Anda boleh saksikan video trailer pengumuman Season Pass dan perancangan Ubisoft selepas game ini dilancarkan nanti di bawah:

[LAPORAN ASAL]:

Ubisoft nampaknya telah memuatnaik info-info mengenai Season Pass untuk For Honor secara tidak sengaja di laman Ubisoft Store. Ia telah diturunkan semula dengan secepat mungkin, namun tidak cukup pantas sebelum ia telah dilihat oleh salah seorang pengguna Reddit.

Melihat kepada model Season Pass yang telah leaked ini, nampaknya model yang sama dengan Season Pass untuk Rainbow Six Siege bakal digunakan. Tiada mana-mana karakter baru yang hanya eksklusif untuk para pemilik Season Pass, tetapi ia hanya akan mendapat akses lebih awal berbanding mereka yang tidak membelinya. Antara kelebihan lain yang bakal ditampilkan ke dalam Season Pass ini nampaknya juga hanyalah bersifat kosmetik yang tidak akan mempengaruhi gameplay seperti emote, crate, emblem dan Champion Status tambahan.

Buat masa ini Ubisoft belum secara rasminya mengesahkan tentang perkara ini. Kami akan mengikuti serta melaporkan perkembangan ini.

Seperti kita tahu, penggunaan model seperti ini telah membuatkan Rainbow Six Siege masih lagi sebuah game yang popular walaupun telah memasuki musim tahun kedua.

Sesi beta untuk For Honor juga telah diumumkan, dan ia akan bermula pada 26 Januari ini.

Game penuh For Honor akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 14 Februari 2017.

Comments

comments