Fortnite semakin menjadi-jadi!

Terlalu banyak kandungan baru yang dibawakan Epic Games ke dalam Season 5 Fortnite. Pasti tak cukup kalau disebutkan dalam satu artikel kerana korang kena buka dan mainkannya sendiri.

Seperti yang dijangka, tema utama yang dibawakan pada musim ini ialah pelbagai zaman dahulukala disatukan ke dalam satu dunia Fortnite.

Selain itu, Fortnite juga kini telah ditambah dengan All Terrain Kart (ATK) sebagai kenderaan baru. Ia boleh memuatkan empat orang dan bumbungnya bertindak sebagai bounce pad! Sangat menarik!

Pelbagai lokasi baru juga telah ditambah, antaranya Desert, Paradise Palms, Lazy Links serta beberapa lagi lokasi baru lain yang tidak bernama dalam pulau itu.

Korang tontonlah sendiri dua trailer terbaru Fortnite ini, satunya memaparkan apa gimik time travel yang dimasukkan ke dalam game ini, serta satu lagi mengenai Battle Pass baru untuk musim baru ini.

JomBaca: Akhirnya, Fortnite Battle Royale Dilancarkan Secara Rasmi Dalam PlayStation Store Asia (R3) Di PS4

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.