Adakah korang bosan dengan dunia pekerjaan? Hidup asyik ulang alik dari rumah ke pejabat dan balik ke rumah? Berhasrat nak melancong kepulauan tropik tetapi kekurangan masa cuti dan wang?

Ini kalilah peluang korang berlayar dengan kapal laut zaman silam dalam misi mencari kekayaan! Korek tanah untuk mencari harta karun! Berlawan dengan musuh rangka undead! Memburu haiwan liar dalam masa terhad!

Kemudian sambung lagi berulang alik dari pulau terpencil ke pulau perdagangan dan balik ke pulau terpencil lain. Ayuh, jom baca review Sea of Thieves – Boleh Beli or Boleh Blah!?

Sea of Thieves adalah IP asli terbaru untuk konsol Xbox dan PC MS Windows 10 dari syarikat Rare Entertainment (Donkey Kong Country dan Kinect Sports Rivals). Game genre co-op action adventure ini menyorotkan tema gamers menjadi watak lanun dalam sebuah dunia yang aneh, lucu dan berwarna-warni. Ia diterbitkan oleh Microsoft Studios pada 20 Mac 2018 dan mendapat ulasan agak bercampur-aduk dari golongan pengkritik.

Simulator Kutip Barang 2018

Secara visual, game ini memang sangat cantik. Dalam Sea of Thieves, korang akan terjebak secara rawak di salah satu daripada bermacam-macam pulau perkampungan outpost. Tanpa banyak permulaan jalan cerita, korang boleh mendapatkan misi quest dari tiga puak NPC (non-playable character) yang berlainan agenda. Misi tersebut berdasarkan dari mengikut jalan peta, membaca ayat teka-teki, atau mengumpul dari senarai barangan runcit.

Kumpulan Gold Hoarders menjual beberapa peta harta karun.
Kumpulan Gold Hoarders menjual beberapa peta harta karun.

Ada dua jenis kapal yang boleh dipilih untuk menjelajah lautan game; kapal sloop untuk seorang atau dua gamers dan kapal galleon untuk maksimum 4 orang. Ia berbeza mengikut saiz, tahap kelajuan, dan keupayaan mengemudinya.

Apabila nak berlayar untuk kali pertama, cara pembelajaran agak mengelirukan, terutamanya bila korang cuba memandu kapal tetapi penglihatan depan disekat oleh tiang kapal dan kain layar besar.

Naikkan kain layar ke langit, jika nak cepat belok di tempat sempit.
Naikkan kain layar ke langit, jika nak cepat belok di tempat sempit.

Ini di mana aspek multiplayer sangat digalakkan dalam Sea of Thieves. Bila korang adalah pemandu kapal, rakan-rakan lain boleh bertugas untuk berkomunikasi waktu membaca peta besar, menguji arah tiupan angin, dan membaik pulih badan kapal jika terlanggar batu yang tersorok dalam air cetek. Jika seorang pun berbuat leka, tenggelamlah kapal korang dengan peti harta karun!

Jika Anda Terdampar di Sebuah Pulau Terpencil…

Sini saya bagitau sedikit tips untuk jangan menjadi mangsa bahaman ikan jerung:

Bukti kapten kapal belum lulus lesen memandu.
Bukti kapten kapal belum lulus lesen memandu.
  • Penuhkan barang keperluan kapal
    Bila berpeluang singgah di mana-mana pulau atau bangkai kapal, carilah tong kayu untuk mengumpul dan menambahkan stok bahan keperluan. Papan kayu, bola meriam, dan pisang bukan sahaja perlu di simpan banyak-banyak di gudang kapal tetapi juga dalam inventori korang. Ini supaya korang akan sentiasa bersedia mengikut keadaan terdesak, sama ada mengelakkan kapal dari karam atau memikul peranan menembak meriam ke arah musuh. Walaupun ini pekara asas, ia amat penting untuk diingati terutamanya bila bertempur dengan gamers lain.
Hasil kemenangan dari misi acara raid di sebuah kubu Fortress.
Hasil kemenangan dari misi acara raid di sebuah kubu Fortress.
  • Jaga harta elok-elok
    Tugas misi dalam Sea of Thieves adalah mencari quest item dan membawanya balik ke pulau outpost. Oleh itu, mestinya ada risiko bertempur dengan pasukan lanun gamers yang ingin mencuri harta korang! Buatkan tabiat menyorok harta karun di tempat susah dicari. Kebiasaannya adalah dalam bilik kapten, tetapi lebih elok korang simpan di ruang bawah kapal, di balkoni luar bilik kapten, atau di sudut crowsnest atas tiang kapal. Dengan adanya pelbagai tempat simpan, ini menyukarkan pihak musuh untuk mencari harta jika mereka masuk ke atas kapal korang.
Musuh puak rangka undead boleh menyembuh diri dengan pisang ajaib.
Musuh puak rangka undead boleh menyembuh diri dengan pisang ajaib.
  • Setiap musuh rangka ada kelemahan
    Musuh PvE utama dalam Sea of Thieves adalah makhluk tulang rangka berhantu yang menjelma dari tanah secara mendadak, demi merampas balik harta karun dari tangan korang. Walaupun bersenjata dengan pedang tajam atau shotgun, setiap jenis musuh ini mempunyai kelemahan sendiri. Rangka berbayang-bayang boleh dilemahkan dengan lampu suluh. Rangka berbunga menjadi lebih berperisai dari tembakan peluru bila dikena air tetapi masih boleh disebat dengan pedang. Rangka berbadan emas pula berperisai tahap tinggi tetapi akan bergerak lembab bila terkena air.
Misi tengkorak bersinar antara ganjaran paling mahal.
Misi tengkorak bersinar antara ganjaran paling mahal.

Misi Mencari Game Content

Setiap watak lanun memerlukan krew yang baik. Sea of Thieves menggalakkan gamers bersosial, berlawak bodoh, dan secara asasnya, membina pengalaman pengembaraan sendiri dalam bentuk virtual party game. Tetapi, game ini juga mempunyai beberapa faktor kelemahan yang agak ketara.

Walaupun ada game-game jenis grinding yang menyeronokkan, pendapat saya tidak termasuk untuk Sea of Thieves. Setiap misi adalah lebih kurang dari templat cetak yang sama, dengan hanya sedikit variasi dari segi kesukaran dan hasil ganjaran;

  1. Pergi ke pulau terpencil,
  2. Kutip barang tersembunyi atau berlawan dengan musuh kuat,
  3. Balik ke kampung outpost,
  4. Ulang sampai mati.
Seperti No Man's Sky (2016), ramai merasai kandungan game Sea of Thieves sangat berkurangan.
Seperti No Man’s Sky (2016), ramai merasai kandungan game Sea of Thieves sangat kekurangan.

Pada mulanya memang seronok bila dapat masuk ke alam beranimasi kartun, berlayar di lautan luas, dan mencari pulau batu di hujung ufuk dunia. Tetapi lama-kelamaan, suasana asyik berulang-ulang misi sama menimbulkan rasa muak. Tambah-tambah lagi misi yang sudah dikutip dalam Sea of Thieves tidak boleh di simpan untuk dimainkan pada waktu lain. Justeru mana-mana misi low ranked or high ranked pun, korang perlu menghabiskannya dalam waktu sesi gaming yang sama.

Semua ganjaran adalah dalam bentuk mata wang in-game di mana korang gunakan untuk membeli pelbagai jenis hiasan kosmetik untuk watak dan badan kapal. Studio Rare telah menegaskan bahawa sistem rawak loot box atau ciri bina untuk menaikkan taraf karakter tidak termasuk dalam gameplay. Ini demi menjaga tahap seimbangan antara gamers baru belajar atau yang dah berpengalaman.

Sink or Swim: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Konsep dan gameplay yang bertemakan watak lanun dalam Sea of Thieves bukannya idea baru dalam game jenis open-world environment. Contoh game lain adalah Blackwake (2017), Tempest (2016), dan game yang akan datang dari syarikat Ubisoft, Skull & Bones. Saya ragu-ragu terhadap game ini dan seperti para pengkritik lain, saya juga berasa kandungan game ini setaraf game belum lengkap.

Pada asasnya, Sea of Thieves memberikan pengalaman yang unik, spontan dan ruang untuk banyak berimaginasi bagi aktiviti sosial secara online dengan rakan-rakan gamers. Malangnya, kekurangan struktur end-game dan pembinaan karakter yang terlalu ringkas agak menyekat potensinya yang boleh menjadi lebih tinggi.

Nota: Review Sea of Thieves ini ditulis dengan versi game PC untuk MS Windows 10.

BOLEH BELI!
+ Game ini best bila nak berbuat lawak dengan rakan-rakan
+ Grafik beranimasi kartun yang menarik
+ Dunia penuh dengan interaksi sosial yang unik

BOLEH BLAH!
 Tidak seberapa elok untuk gamers yang bermain solo
Mekanik combat dan raid terlalu bersifat berulang-ulang
Kandungan dan aktiviti tidak setaraf harga game
Lambat keluarkan game updates

Comments

comments

WordPress database error: [Got error 28 from storage engine]
SELECT t.*, tt.* FROM wp_terms AS t INNER JOIN wp_term_taxonomy AS tt ON t.term_id = tt.term_id INNER JOIN wp_term_relationships AS tr ON tr.term_taxonomy_id = tt.term_taxonomy_id WHERE tt.taxonomy IN ('post_tag') AND tr.object_id IN (40434) ORDER BY t.name ASC

WordPress database error: [Got error 28 from storage engine]
SELECT t.*, tt.*, tr.object_id FROM wp_terms AS t INNER JOIN wp_term_taxonomy AS tt ON t.term_id = tt.term_id INNER JOIN wp_term_relationships AS tr ON tr.term_taxonomy_id = tt.term_taxonomy_id WHERE tt.taxonomy IN ('category', 'post_tag', 'post_format') AND tr.object_id IN (42406) ORDER BY t.name ASC