“Dibina” untuk esports jugak ke ni?

Gamer kompetitif, gamer kasual yang serius terhadap minat mereka, atlit esports PS4, dan pengumpul controller eksklusif – PlayStation telah mengumumkan SCUF Vantage, controller PS4 rasmi untuk korang.

Dengan BANYAK pilihan customisation, korang boleh finetune SCUF Vantage ini untuk prestasi responsif di pentas esports, ataupun keselesaan gaming kasual sambil rilek-rilek di rumah – dan pastinya dapat melengkapi segenap cara permainan korang.

Jom kita tengok apa yang best sangat dengan SCUF Vantage ni:

  • Butang tepi (Sax buttons) – direka untuk kegunaan dan keselesaan orgonomik, serta lebih butang untuk dikonfigurasi
  • Faceplate boleh dicabut – memudahkan proses penukaran thumbstick dan konfigurasi controller
  • Kawalan audio bagi sambungan berwayar – audio touch bar memudahkan kawalan audio, hanya swipe aje touch bar tanpa perlu mencapai remote mahupun memasuki setting
  • Konfigurasi modul getaran – boleh kurangkan berat controller untuk sesi permainan yang lama lagi selesa
  • Sistem kawalan paddle – 4 paddle di belakang controller untuk dikonfigurasi
  • Suis button-remapping pantas – tidak perlu aplikasi komputer untuk button mapping
  • Pilihan thumbstick – 3 ketinggian berbeza, dalam dua konfigurasi cembung atau cengkung
  •  Konfigurasi hair trigger – kawalan sensitiviti trigger memberikan reaksi pantas lagi jitu
  • Trigger stop & extender – keselesaan kawalan di hujung trigger finger korang
  • Pilihan D-pad – pilih antara D-pad atau control disk
  • Faceplate magnetic  – boleh ditukar mengikut citarasa

SCUF Vantage kini dibuka untuk pre-order di AS dan Kanada, dengan versi sambungan wayar USB sahaja (USD169.95 / ~RM674.19) ataupun versi wayarles Bluetooth / sambungan wayar USB (USD199.95 / ~RM793.20).

Kedua-dua versi akan hadir dengan pelbagai bahagian sparepart dan kabel braided micro USC, manakala versi wayarles/wayar akan hadir dengan beg simpanan kecil untuk controller bangsawan korang ni.

Tiada berita lanjut tentang bila SCUF Vantage ini akan masuk Malaysia, sama-samalah kita tunggu. Kalau tak sabar sangat, boleh order terus dari website AS scufgaming.com atau gamestop.com

Nota: SCUF Vantage masih lagi sedang dalam pembikinan, jadi spesifikasi dan rekaan produk akhir mungkin akan berbeza daripada gambar promosi di atas. Berbelanja secara berhemah, guys.

Comments

comments