Pengarah kreatif PUBG, Brendan “PlayerUnknown” Greene meluahkan pendapatnya tentang adakah game Early Access seperti PUBG patut diberikan anugerah Game of the Year.

Dia membalas dengan mengatakan. “Secara peribadinya, saya tidak mahu memenangi anugerah Game of the Year.”

“Walaupun saya memang mahu mendapatkan anugerah itu demi pasukan saya. Namun saya rasa tahun ini ada video game yang lebih baik.” Secara spesifiknya, Greene merujuk kepada video game seperti The Legend of Zelda: Breath of the Wild dan Horizon: Zero Dawn sebagai karya agung dari segi reka bentuk permainan dan jalan cerita.

“Dua video game sememangnya sebuah video game yang cantik dan mengagumkan. Saya rasa mereka mungkin akan menang dan saya harapkan yang mereka akan menang.” Greene berkata anugerah itu “mungkin akan memberikan sesuatu yang baik kepada mereka” untuk pasukan PUBG Corp. tapi beliau berkata semula. “Saya tak pasti jika kami berhak menerimanya.”

CEO PUBG Corp. C.H. Kim berkata. “Kami memang tidak berminat.” Sama ada mereka menerimanya atau tidak. Sebaliknya, mereka lebih fokus ke arah “membawakan gameplay yang terbaik ke Xbox Game Preview dan versi PC.”

Kim menyambung lagi dengan mengatakan Early Access tidak patut dipertimbangkan ketika menilai permainan untuk anugerah dan kamu patut melihat “pada game itu sendiri” bukannya pada label yang ia ada. Kim menjelaskan bahawa “apabila versi 1.0 keluar, mereka akan terus menyambung meningkatkan prestasi game itu ke hadapan dan mereka tidak akan berhenti setakat itu sahaja.”

PUBG akan keluar daripada Early Access, iaitu pelancaran penuh, pada Disember ini. Kim juga mendedahkan bahawa PUBG sudah terjual lebih dari 18 juta salinan yang mana akan terus meningkat apabila ia dilancarkan ke Xbox One pada bulan Disember.

Comments

comments