Suami isteri tak perlu lagi berebut TV! Dengan skrin projektor ini, hantu gamer dan kaki drama boleh duduk bersama!

MirraViz, sebuah syarikat paparan digital telah mempamerkan sebuah gajet yang mungkin boleh menyelamatkan banyak rumahtangga gamer yang kerap berebut TV.

Gajet yang dipanggil MultiView Screen ini adalah sebuah skrin projektor reflective yang hanya memantulkan kembali paparan kepada arah sumbernya – menjadikan penonton yang duduk di sudut yang betul untuk melihat paparan yang jelas dan nyata.

Yang lebih menarik, teknologi MirraViz ini tidak bergantung kepada sebarang bentuk kacamata atau goggle, sebaliknya hanya menggunakan projektor biasa beserta skrin projektor multi-layer mereka.

Menurut MirraViz, teknologi mereka ini boleh digunakan di dalam arena gaming kompetitif di mana gamers boleh bersaing dan bermain bersama tanpa menggunakan splitscreen. Di samping itu, ianya juga boleh digunakan untuk kegunaan seisi keluarga – masing-masing boleh menggunakan skrin yang sama untuk kegunaan masing-masing pada masa yang sama.

Bagaimanapun, teknologi ini mungkin masih terlalu mahal, kerana walaupun skrin projektor mereka hanya berharga USD499 (~RM1993.26), projektor yang digunakan bagi menjayakan teknologi ini bukan calang-calang. MirraViz di CES 2018 turut menjual dua pakej MultiView Screen – Pakej Home Theater berharga USD2,000 (~RM7,987.70) dan Pakej Gaming berharga USD3,000 (~RM11,981.55) yang turut disertakan dengan perkakasan audio, projektor, dan gaming chair.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.