Tak sempat merasa sesi open beta Dragon Ball FighterZ yang baru sahaja tamat semalam? Jangan bersedih kerana satu lagi sesi open beta akan dijalankan!

Hari pertama open beta Dragon Ball FighterZ telah mengalami pelbagai isu yang menghalang pemain untuk masuk ke dalam server. Kami telah melaporkan sebelum yang Bandai Namco mungkin akan mempertimbangkan untuk memanjangkan sesi tersebut dalam masa mereka memperbaiki masalah itu.

Terbaru, mereka telah mengesahkan yang satu lagi sesi open beta akan berlangsung untuk game ini. Ia hanya akan diadakan selama 24 jam sahaja, dan tarikh ia akan berlangsung masih belum diumumkan.

Dragon Ball FighterZ akan dilancarkan sepenuhnya di PC, PS4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018.

JomBaca: Inilah 11 Karakter Yang Boleh Dimainkan Dalam Open Beta Dragon Ball FighterZ Pada Hujung Minggu Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.