Sebahagian besar pembangun Rockstar mungkin sedang sibuk untuk membangunkan Red Dead Redemption 2. Namun, ia bukan penghalang untuk mereka mengeluarkan sebuah lagi DLC besar untuk Grand Theft Auto V.

Rockstar telah mengumumkan DLC terbaru untuk GTA Online, yang digelar Smuggler’s Run. Ia menggunakan jalan cerita kawan kepada Trevor, Ron sebagai latar belakang, untuk membina empayar penyeludupannya.

Pemain akan boleh mengakses pelbagai kenderaan udara baru, termasuklah pesawat tempur yang lebih lama, bomber dan malah kapal terbang ringan. Kesemua kapal terbang ini boleh diubahsuai dan disimpan di hangar yang baru.

Smuggler’s Run akan dilancarkan pada 29 Ogos ini di PC, PS4 dan Xbox One, dan seperti biasa, ia adalah percuma untuk semua pemain.

Korang boleh layan video trailer untuk DLC ini di bawah:

Di samping itu, Rockstar juga mengumumkan stunt race terbaru, iaitu Transform Races. Perlumbaan ini memberikan fokus kepada perlumbaan yang merentasi tiga bahagian, iaitu darat, laut dan udara.

Transform Races ini seolah-olah Rockstar ingin memberikan tamparan yang jelas kepada sebuah game racing yang sedang giat di promosikan oleh Ubisoft, iaitu The Crew 2. Sekiranya korang tidak perasan, The Crew 2 menggunakan tema dan mempromosikan bagaimana game itu akan menyajikan perlumbaan menggunakn darat, udara dan laut sebagai tarikan utama.

JomBaca: GTA Online: Ini Caranya Untuk Mainkan Misi Kapal Angkasa Makhluk Asing Secara Sah, Tanpa Perlu Hacking

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.