Pelbagai rancangan telah diadakan untuk Heroes of the Storm, World of Warcraft, StarCraft 2, dan Diablo III.

Siri Diablo akan menyambut ulangtahun yang ke-20 pada 20 Disember ini dan Blizzard telah mengumumkan pelbagai aktiviti untuk peminat-peminat studio itu. Berikut adalah antara info yang telah dikongsi oleh mereka.

  • Diablo III: Bersedia untuk kembali ke kisah yang memulakan segala kemusnahan! Pemain-pemain Diablo III akan menerima DLC percuma yang akan memberikan mereka peluang untuk menikmati siri asal Diablo!
  • Heroes of the Storm: Dapatkan potret dan map baru yang bertemakan siri Diablo. Kegelapan dan kemusnahan melanda!
  • Hearthstone: Seorang yang penuh misteri muncul di Tavern Brawl dengan koleksi kad yang ganjil. Dapatkah pemain-pemain Hearthstone menyingkap rahsia beliau?
  • Overwatch: Pemain akan berpeluang mendapatkan in-game spray dan player icon yang bertemakan class kegemaran mereka dari siri Diablo! Necromancer for life!
  • StarCraft II: Potret-potret yang bertemakan siri Diablo juga bakal boleh didapati untuk semua pemain!
  • World of Warcraft: Pelbagai acara akan diadakan dalam dunia Azeroth! Bersedia untuk mengembara dalam dunia baru!

Selain daripada ini, Blizzard turut menyatakan terdapat pelbagai lagi aktiviti dan item yang masih belum diumumkan. Nantikan update yang seterusnya untuk game-game keluaran Blizzard sempena sambutan besar-besaran ini!

Sumber dari Blizzard.

Comments

comments