PlayStation Network Asia menawarkan pelbagai promosi dan jualan serta game percuma untuk raikan Tahun Ayam ini!

Berikut ialah tawaran promosi PlayStation Network untuk Sambutan Tahun Baru Cina:

1. PS Store Lunar New Year

Bermula esok pada 26 Januari sehingga 9 Feburari, PlayStation Store menawarkan diskaun sebanyak 75% untuk game PS4 dan PS Vita yang terpilih. Ahli PS Plus boleh menikmati jualan istimewa bersama diskaun eksklusif iaitu sebanyak 80%. Pelbagai game titles popular seperti FINAL FANTASY XV, Watch Dogs 2, Battlefield 1 dan Call of Duty: Infinite Warfare.

2. Tawaran Eksklusif Tahun Baru Cina: Keahlian PS Plus 12 bulan + bonus 3 bulan.

PlayStation juga menawarkan keahlian PS Plus eksklusif 12 bulan + bonus 3 bulan juga bermula pada esok (26 Jan) sehingga 8 Februari. Gamers PlayStation hanya perlu bayar langganan PS Plus dengan harga RM129 dan anda mendapat keahlian selama 15 bulan yang disertakan bersama game percuma setiap bulan, diskaun eksklusif, perkhidmatan simpanan atas talian serta berhubung bersama kawan-kawan anda untuk game atas talian seperti Battlefield 1, Grand Theft Auto V, FIFA 17 dan Watch Dogs 2.

3. Tawaran Terhad: Muat Turun God of War III Remastered Secara Percuma!

Untuk ahli PS Plus, PlayStation mengemas kini dengan menambah God of War III Remastered dalam senarai game percuma iaitu bermula pada 26 Januari sehingga 8 Februari. Selain itu, Tales of Zestria – Digital Edition (berada dalam PS Store sekarang sehingga 2 Februari) dan ALIENATION (berada dalam PS Store sehingga 8 Februari). Jangan lepaskan peluang anda!

4. Kempen “PlayStation Plus Lucky Rooster”

Untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina, PS Plus akan melancarkan kempen 4 hari “PlayStation Plus Lucky Rooster” pada 28 – 30 Januari. Pastikan anda mengikuti Facebook PlayStation Asia setiap hari pada 1 pm dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah!

Sumber: PlayStation Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.