Anda berpeluang untuk bermain sebagai Max bagi kali terakhir dengan episod bonus bertajuk “Farewell”.

Deluxe Edition dilengkapi dengan semua tiga episod Before The Storm dan anda boleh main episod bonus “Farewell” setelah anda selesai episod terakhir game ini.

Selain menikmati perjalanan terakhir sebagai Max, anda turut boleh memilih lagu kegemaran anda dalam Before The Storm dan pilih turutan sendiri dalam Mixtape Mode.

Alunan muzik dalam Life is Strange adalah antara tunjang utama untuk menggerakkan game penuh dengan emosi ini. Kugiran dari British, Daughter dipilih untuk membikin lagu tema Before The Storm untuk menyerlahkan penghayatan karakter-karakter dan cerita utama dalam game ini.

Fesyen juga diperagakan dengan tiga pilihan baju berbeza untuk Chloe dalam Outfit Pack.

Baju tambahan untuk Chloe dari kiri: Hawt Dawg Man, Illuminati, Punk Doe

Life is Strange: Before The Storm adalah prekuel kepada Life is Strange, mengisahkan hubungan antara Chloe dan Rachel Amber iaitu seorang kawan karib Chloe sebelum Rachel menghilangkan diri.

Episod pertama Life is Strange: Before The Storm akan tiba pada 31 Ogos 2017 untuk PC, Xbox One dan PS4.

JomBaca: Life is Strange: Before the Storm Diperlihatkan Dengan 9 Minit Gameplay Baru, Saksikan Chloe Dan Bapa Tirinya, David

Comments

comments