Game sukan ekstrem musim sejuk keluaran Ubisoft kini sudah berada di pasaran untuk PC, PS4 dan Xbox One.

steep-suka-duka-beta

Steep telah secara rasminya dilancarkan semalam, iaitu sebuah game yang mengetengahkan sukan-sukan ekstrem di pergunungan salji. Video trailer pelancaran turut dikeluarkan Ubisoft, memaparkan kesan CGI yang menerangkan bagaimana mereka telah mencipta kawasan pergunungan open-world ini.

Jom layan:

Dalam versi demonya yang telah dimainkan bulan lalu, kami mengatakan ia adalah sebuah game yang membawakan kawasan pergunungan salji yang agak luas, terbuka dan sememangnya indah. Ia agak unik apabila sebuah game open-world yang hanya memfokuskan kawasan di pergunungan salji sahaja.

Comments

comments