Prekuel Life is Strange kini masuk ke episod kedua di Arcadia Bay.

Selepas episod pertama Life is Strange: Before The Storm berjudul “Awake” dikeluarkan pada 31 Ogos lepas, peminat sudah tidak sabar lagi menunggu apa bakal berlaku kepada Chloe Price dan Rachel Ambers.

Episod kedua berjudul “Brave New World” akan membawa pemain untuk menyelami lebih mendalam hubungan dinamik antara Chloe dan Rachel sambil mengharungi kejadian agak aneh berlaku di Arcadia Bay.

Episod kedua “Brave New World” bakal boleh dimainkan bermula pada minggu hadapan untuk PC, PS4 dan Xbox One. Tinggal lagi satu episod dalam prekuel Life is Strange ini.

Rindu Max dalam Life is Strange? Satu episod bakal dituju khas kepada Max iaitu bertajuk “Farewell” akan berada di dalam Life is Strange: Before The Storm Deluxe Edition selepas ketiga-tiga episod dilancarkan.

Comments

comments