Surat kemasukan Hogwarts dah tiba!

Harry Potter: Hogwarts Mystery baru sahaja diumumkan pada Disember lepas yang berkongsi latar belakang masa sama seperti kemasukan Harry Potter ke Hogwarts di mana pemain mengubahsuai karakter sendiri dan berpeluang untuk menguasai serta mempelajari mantera dalam dunia Harry Potter.

Luar dari kurikulum kelas, pemain akan menempuh cabaran dengan menyelesaikan rahsia misteri di sebalik Hogwarts yang boleh membuka lokasi baru serta mempelajari mantera baru. Lebih-lebih lagi, korang boleh beradu tenaga dalam pertarungan magik paling epik!

Selain itu, pemain juga dapat bertemu dengan karakter-karakter kesayangan mereka seperti Professor McGonagall, Professor Snape dan Hagrid seperti tertera dalam trailer baru ini.

Selain Hogwarts Mystery, Warner Bros juga bekerjasama bersama Niantic terkenal dengan Pokemon GO untuk membawakan pengembaraan magik baru berjudul Harry Potter: Wizards Unite.

Harry Potter: Hogwarts Mystery akan tiba di iOS dan Android pada musim luruh (sekitar bulan Mac) dan korang boleh membuat pra-pendaftaran di laman sesawang rasmi mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.