Sama atau tidak?

Bandar apa yang korang pernah cuba cipta dalam game Cities: Skylines? Pernah cuba untuk cipta semula salah satu bandar di dalam Malaysia?

Channel Youtube Gilbert Plays telah mencipta semula Wilayah Persekutuan Putrajaya dalam Cities: Skylines. Beliau yang berasal dari Filipina itu telah memuatnaik video sinematik memaparkan Putrajaya versinya, yang mana ia merupakan bandar pertama di luar Filipina yang beliau cipta dalam game tersebut.

Cities: Skylines merupakan sebuah game bergenre city-building yang dibangunkan oleh Colossal Order yang boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Walaupun Masjid Putra kelihatan seperti Taj Mahal, dua mercu tanda yang boleh dikatakan agak baik beliau ciptakan adalah Jambatan Seri Wawasan dan Bangunan Perdana Putra. Korang boleh saksikan video tersebut di bawah:

Apa komen korang tentang penciptaan semula Putrajaya dalam video di atas? Nak bagi berapa bintang?

Terima kasih, Kotaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.