Selepas Olympus, kini giliran Los Santos pula!

Dalam pada gamer PlayStation sedang menghitung hari untuk bermain God of War terbaru, mungkin ada gamer PC yang masih lagi terliur sehingga kini menyaksikan betapa besarnya pengaruh Kratos.

Kalau gamer PC nak merasa sangat bermain dengan Kratos, korang mungkin boleh cuba mod yang dicipta dalam Grand Theft Auto V ini. Lengkap dengan senjata ikonik Blades of Chaos dan rekaan Kratos dari God of War III, mod ini direka oleh Lê Tuấn Khải.

Korang boleh saksikan Kratos mengamuk, terbang, dan menghempas segala objek dan manusia yang menghalang perjalanannya dalam video di bawah:

Korang boleh dapatkan mod ini di sini.

JomBaca: God of War: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Terima kasih, PC Gamer.

Comments

comments