Apa yang tersembunyi atau disembunyikan?

Kepada yang sudah menghabiskan jalan cerita Assassin’s Creed Origins, korang boleh mengikuti kisah Bayek bersama karakter-karakter lain dan baru dalam persatuan Assassin 4 tahun selepas ditubuhkan.

The Hidden Ones akan mengambil tempat di kawasan Semenanjung Sinai di mana Bayek harus menyiasat satu pergelutan di antara puak pemberontak berdepan dengan kuasa besar orang Rom sekaligus lihat bagaimana kejadian ini membentuk Assassin Brotherhood pada peringkat awal.

Korang boleh saksikan trailer DLC The Hidden Ones yang mendebarkan di bawah:

Untuk pengetahuan korang semua, ini merupakan salah satu daripada banyak lagi DLC  akan datang bagi Assassin’s Creed Origins yang sudah dilancarkan pada 27 Oktober tahun lepas. Selepas DLC The Hidden Ones, Discovery Mode bakal menyusul seterusnya dalam kandungan tambahan Assassin’s Creed Origins.

Assassin’s Creed Origins: The Hidden Ones dikeluarkan pada 23 Januari 2018 dan DLC ini adalah percuma kepada pemegang Season Pass.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.