Minggu lalu, Ubisoft telah mengumumkan Season 3 untuk For Honor, sekaligus memberikan sedikit teaser untuk dua Hero baru yang akan dibawakan ke dalam game pertempuran jarak dekat ini kelak.

Terbaru, mereka telah melancarkan empat trailer baru – menampilkan gameplay trailer untuk Hero baru iaitu Highlander dan Gladiator, dan dua map baru, Sentinel dan Viking Village. Korang boleh layan semua video ini di bawah:

Sekiranya korang terlepas, For Honor sekarang boleh dimainkan secara percuma sepanjang hujung minggu ini.

Season 3 untuk For Honor, yang digelar “Grudge & Glory”, bakal dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 15 Ogos ini.

JomBaca: Ubisoft Akhirnya Akan Sediakan Dedicated Server Untuk For Honor

Comments

comments