Jom layan gameplay terbaru untuk game JRPG akan datang daripada Square Enix ini.

Pelbagai info terbaru tentang NieR: Automata telah didedahkan Square Enix dalam video terbaru. Dipersembahkan oleh pengarah kreatif Taro Yoko, penerbit Yosuke Saito, Lead Game Designer Takahisa Taura, Game Designer Isao Negishi dan pelakon suara Operator 60 Keiko Isobe – ia memaparkan perbualan dan gameplay selama 1 jam 20 minit.

Pada mulanya, kita dapat lihat Taura-san memainkan versi demo yang baru dikeluarkan tempoh hari dalam difficulty very hard. Kami juga telah mencuba versi demo ini, dan kami amat menyukainya.

Kemudian video tersebut diteruskan dengan memperlihatkan lebih banyak gameplay daripada game ini. Sub-quest, skills, dan beberapa weapon yang tidak dibawakan ke dalam versi demo telah dipaparkan.

Anda boleh lihat video penuh itu di bawah:

NieR: Automata akan dilancarkan sepenuhnya pada 7 Mac 2017 di PS4, dan akan dikeluarkan di PC pada suatu tarikh yang belum diumumkan.

Comments

comments