Beberapa Youtuber telah diberikan akses awal oleh EA untuk merakamkan gameplay multiplayer Battlefield V. 

Antara gameplay yang dapat kita lihat dalam video-video di bawah adalah mekanik Fortifications, destructions, kenderaan dan banyak lagi dalam Battlefield V.

Menurut Westie, kalau Battlefield 1, semua pemain akan mendapat topeng gas. Dalam Battlefield V, slot itu akan digantikan dengan toolkit yang boleh digunakan untuk membina kubu pertahanan.

Kita juga dapat lihat bagaimana kemas dan mantapnya destructions dalam game ini. Ia kelihatan sungguh realistik. Lebih menarik, apabila sebahagian bangunan sudah musnah, pemain boleh membina semula dengan mekanik Fortifications.

Dalam video Jackfrags pula, beliau menjelaskan lagi bagaimana mode baru, Grand Operations akan dimainkan. Video ini juga memperlihatkan sistem revive baru yang telah diperkenalkan, yang mana semua pemain kini boleh melakukannya. Namun, class Medic akan dapat melakukan revive dengan lebih pantas dan boleh mengembalikan HP pemain lain kepada penuh.

Ammo dan health juga kini boleh di-drop oleh semua pemain.

Korang boleh saksikannya di bawah:

Battlefield V akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober ini.

JomBaca: Battlefield V Umumkan Mode Battle Royale, Saksikan Trailer Multiplayer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.