Saiz muat turun untuk game Resident Evil 7 telah didedahkan dan ianya tidaklah sebesar mana yang korang jangkakan. 

Mungkin apa yang tidak disangka ialah saiz game penuhnya hanyalah sebesar 20GB. 20.21GB di Xbox One dan 20.7GB di PS4, untuk lebih tepat. Saiz muat turun untuk versi PC belum lagi didedahkan, tapi jika dilihat dari sudut saiz, ianya hanya memerlukan 24GB di PC untuk free space. Itu yang kami ramalkan.

Itu adalah saiz yang kecil untuk sesebuah game jika dibandingkan dengan kebanyakan game-game yang dikeluarkan pada hari ini. Yang mana kebanyakannya mencecah saiz seberat 40GB atau lebih. 20GB biasanya ialah saiz fail untuk percubaan beta pada hari ini.

Mungkin kerana ianya ada kaitan dengan latar belakang game tersebut yang ditetapkan dalam satu persekitaran? Saiznya tidak mengatakan apa-apa tentang kualiti permainannya, itu yang pasti.

Baru-baru ini telah didedahkan bahawa Resident Evil 7 akan menjadi tajuk untuk Xbox Play Anywhere. Bermakna, jika anda membeli satu salinan game Resident Evil 7, sama ada di Xbox Store atau Windows 10 Store. Korang boleh bermainnya di dua platform berbeza iaitu di Xbox One dan di PC.

Resident Evil 7 akan diterbitkan pada 24 Januari di PC, Xbox One dan PS4.

Comments

comments