Satu tindakan oleh Ubisoft yang mungkin boleh memakan diri mereka sendiri.

Semalam, kami ada melaporkan bahawa terdapat khabar angin yang mengatakan For Honor memerlukan sambungan Internet sepanjang masa untuk memainkan game ini. Kami meramalkan bahawa ia adalah sekadar khabar angin liar kerana For Honor telah disahkan bakal memiliki story campaign, dan seperti kelaziman, story campaign pastinya tidak memerlukan sambungan Internet.

Namun, nampaknya ramalan kami ini meleset. Terbaru, menurut Gamezone yang telah melaporkan maklumat ini di NeoGAF, For Honor memerlukan sambungan Internet sepanjang masa, termasuklah sekiranya ingin bermain story campaign. Pengguna NeoGAF itu telah menanyakan persoalan yang telah berlegar sejak semalam itu kepada salah seorang pengurus komuniti Ubisoft, dan beliau telah mengesahkan:

We can confirm that For Honor is an always online experience. Some elements of progression, which is hosted online, are shared across story and multiplayer modes. Players will need to be connected to the Internet at all times to play For Honor.

Ini pastinya satu berita yang kurang baik kepada para pemain yang tidak memiliki sambungan Internet yang stabil atau tidak memilikinya sepanjang masa.

Ia bakal mengecewakan sebilangan besar para pemain, apatah lagi sebelum ini Ubisoft telah memungkiri janji mereka dalam membawakan mode split-screen untuk For Honor.

For Honor akan dilancarkan pada 14 Februari 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments