The International 2017 baru saja berakhir tak sampai sebulan. Tapi nampaknya skuad DotA 2 sedunia sudah pun membuat perubahan radikal pada lineup mereka. Pasukan mana yang mengalami perubahan roster setakat ini? Jom baca lebih lanjut.

Seperti biasa kita ketahui, berakhirnya The International setiap tahun boleh dikatakan menjadi mimpi ngeri bagi pasukan DotA 2 yang kurang perform di TI. Ini kerana mereka berkemungkinan untuk digugurkan. Bagi organisasi pula, mereka mungkin mengalami nasib sama apabila pemain itu sendiri memilih untuk meninggalkan pasukan.

Dalam artikel ini, korang boleh ikuti perkembangan terkini mengenai roster changes selepas TI dan artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

1. WG.Unity

SKUAD baru WG.Unity. Dari kiri (Meracle, Feero, Velo, Sqreen dan Flysolo). FOTO: Wykrhm Reddy

WG.Unity bermula sebagai pasukan yang cukup kuat, menampilkan kelima-lima anak Malaysia, Ahjit, Nana, Ben, Ahfu dan xNova. Namun, selepas beberapa ketika, mereka memilih untuk meninggalkan WG dan perjalanan mereka juga cukup baik apabila Ahfu diterima untuk LFY, Nana ke Mineski dan Ahjit ke Fnatic.

Memandangkan kelima-lima membuat haluan masing-masing, WG kali ini hadir dengan lineup yang agak mengejutkan kerana tiada langsung pemain tempatan dalam pasukan itu.

Meracle dari Singapura akan bermain sebagai carry, Feero (Jordan) sebagai mid player, Velo (Australia) sebagai offlane, Sqreen (Rusia) sebagai kapten dan support. Tidak ketinggalan untuk melengkapkan skuad itu ialah Flysolo yang berasal dari Filipina.

Bagaimana agaknya komunikasi masing-masing? Tapi disebabkan status mereka yang boleh tahan lama dalam industri, pastinya tiada masalah. Persoalannya, mampukah pasukan ini meneruskan rentak seperti Fnatic atau lineup terdahulu WG yang berjaya ke Boston Major 2016? Kita tunggu dan lihat!

2. Mineski

SKUAD baru Mineski

Selepas berakhirnya era Mushi di Fnatic, beliau tidak lagi bersara tapi mencari pasukan baru. Namun, line up itu tetap tak berjaya untuk melepasi pusingan kelayakan ke The International

Bagaimanapun, Mushi baru-baru ini kembali dengan line up terbaru yang agak mengejutkan. Veteran DotA 2 dan juga bekas ahli Faceless, Iceiceice kini bersama Mushi. Begitu juga dengan Nana, bekas ahli WG. Melengkapkan skuad DotA 2 Asia Tenggara ini ialah Jabz dari Thailand dan Ninja Boogie, warga Filipina.

3. Secret

SECRET kehilangan dua pemain berharga, Khezu dan MP. FOTO: Wykrhm Reddy

Baru saja tamat The International, nampaknya line up Secret terpaksa dirombak kembali kerana prestasi tidak memuaskan di kejohanan dunia DotA 2 itu. Offlaner Khezu dan pemain core mereka, MP terpaksa melupakan hasrat untuk bersama Secret.

Pengunduran Khezu dan MP menimbulkan tanda tanya kepada komuniti. Adakah Puppey menggugurkan nama mereka ataupun mereka membuat keputusan sendiri untuk meninggalkan Secret? Berbagai spekulasi timbul.

Namun, di sebalik kontroversi itu, pemain kita MidOne masih setia dengan organisasi Eropah itu sehingga tempoh yang bakal diumumkan kelak. Korang rasa patut ke MidOne terus kekal dengan Secret ataupun berhijrah ke  organisasi lebih baik?

4. Fnatic

SKUAD baru Fnatic Dota 2.

Biarpun pasukan ini mendapat kelayakan ke The International, tapi prestasi mereka menggambarkan mereka tidak lagi bersedia untuk bermain di kejohanan dunia itu. Kekalahan awal di peringkat group stage pastinya meninggalkan impak kepada kesemua pasukan untuk dirombak semula.

Ia nampaknya menjadi kenyataan hari ini apabila Fnatic mengumumkan kemasukan ahli baru, Pieliedie dan EternalEnvy yang dulunya bekas ahli Cloud 9. Turut melengkapkan skuad itu ialah kehadiran Xcalibur. Beliau adalah midlaner yang agak disegani kerana pernah mendominasi Dota 2 Eropah sejak kebelakangan ini.

Seiring dengan perubahan itu maka Febby, QO dan Ahjit nampaknya terpaksa melupakan hasrat mereka untuk terus bersama Fnatic. Mereka akan membawa haluan masing-masing. Keputusan mereka untuk terus bermain bagi pasukan profesional masih belum diketahui.

Persoalannya, adakah lineup ini cukup kuat untuk mengembalikan kegemilangan era Mushi dulu ataupun paling tepat, menebus kekalahan awal di The International 2017? Sama-sama kita nantikan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.