Ronaldo, Messi, Neymar, Suarez, dan Neuer berada di kedudukan 5 pemain teratas – korang ada bantahan?

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, EA Sports akan mendedahkan sedikit demi sedikit 100 pemain yang mempunyai rating paling tinggi dalam game bola sepak akan datang mereka, iaitu FIFA 18. Dan terkini, mereka telah mendedahkan 10 pemain terakhir, yang mana berada di kedudukan 10 teratas dengan rating tertinggi.

10 pemain tersebut adalah:

  • Gonzalo Higuain – 90
  • Toni Kroos – 90
  • Eden Hazard – 90
  • Sergio Ramos – 90
  • Robert Lewandowski – 91
  • Manuel Neuer – 92
  • Luis Suarez – 92
  • Neymar – 92
  • Lionel Messi – 93
  • Cristiano Ronaldo – 94

Korang boleh lihat senarai penuh 100 pemain yang memiliki nilai rating paling tinggi dalam FIFA 18 di laman web rasmi EA Sports.

Korang setuju dengan penilaian yang diberikan EA Sports dalam FIFA 18? Ada yang korang rasa rating-nya terlalu tinggi atau terlalu rendah? Jom kita bincangkan di ruangan komen di bawah.

FIFA 18 akan dilancarkan di PC, PS4, Xbox One, PS3, Xbox 360 dan Nintendo Switch pada 29 September 2017.

JomBaca: Apa Stadium-Stadium Yang Akan Ditampilkan Dalam FIFA 18? Lihat Senarai Penuh Stadium Di Sini!

Comments

comments