Game yang semakin mendapat sambutan ramai, Rocket League akan tiba dengan update terbaru yang bakal membuat korang menjerit keterujaan!

21881255324_e1f5180299_h

Game developer, Psyonix telah mengumumkan bahawa update terbaru yang 100% percuma bernama ‘Mutate’ itu bakal tiba bulan November ini dengan membawakan features dan content yang sangat menarik – korang boleh mengubah perlawanan dengan preset dan custom settings dengan citarasa korang sendiri yang sangat cool!

Dari mode ‘Moonball’ dengan low-gravity dan extra boost, menggunakan ‘beach ball’ yang saiz bolanya sangat sangat besar, kepada mode klasik Supersonic Acrobatic Rocket-Powered Battle-Cars seperti ‘Cubic’ dan ‘Time Warp’ – semuanya boleh korang mainkan dalam beberapa minggu sahaja lagi apabila ‘Mutate’ menjengah Rocket League kelak!

rocket-league-cubic

Apa pun preset dan settings yang korang inginkan, korang boleh create private match dan main bersama rakan-rakan, atau korang boleh join playlist terbaru ‘Mutator Mashup’ yang akan memasukkan korang ke dalam public game yang mempunyai preset dan setting yang pelik-pelik!

Dan di akhir announcement trailer yang dikeluarkan (video di bawah), ia juga menunjukkan sedikit teaser untuk update yang bakal dikeluarkan pada bulan Disember nanti! Bersedialah untuk bermain menggunakan bola hoki ais yang leper dan padang yang dilitupi dengan ais! Wow! Gila gempak!

rocket-league-ice-hockey

+++

So, amacam guys? Nampaknya game yang sangat awesome ini akan melompat ke satu tahap keseronokan yang lebih tinggi! Tak sabarnya!

Comments

comments