Mana jaguh-jaguh game bola sepak?

Quill City Mall Kuala LumpurThe GamePlan dan NaGaming bakal menganjurkan sebuah pertandingan yang menampilkan dua game bola sepak paling diminati ramai, FIFA 18 dan PES 2018 pada bulan hadapan. Apa yang paling menarik adalah ia menjanjikan hadiah terkumpul untuk kedua-dua game sebanyak RM17,000! Boleh penuhkan lagi tabung hari raya korang!

Di bawah adalah butiran yang perlu korang tahu tentang pertandingan ini:

  • Nama Pertandingan: YASSS BOLA!
  • Tarikh: 14 & 15 Julai 2018
  • Venue: Quill City Mall,Kuala Lumpur
  • Yuran Pendaftaran: RM25
  • Hadiah Terkumpul untuk FIFA 18: RM10,000
    Juara – RM4,000
    Naib Juara – RM2,000
    Tempat Ketiga – RM1,250
    Tempat Keempat – RM750
    Tempat Ke-5 hingga Ke-8 – RM500 setiap pemain (RM2,000)
  • Hadiah Terkumpul untuk PES 2018 – RM7,000
    Juara – RM 2,500
    Naib Juara – RM 1,200
    Tempat Ketiga – RM700
    Tempat Keempat – RM400
    Ke-5 hingga Ke-8 – RM150 setiap pemain (RM600)
    Ke-9 hingga Ke-16 – RM100 setiap pemain (RM800)
    Ke-17 hingga Ke-32 – RM50 setiap pemain (RM800)

Untuk mendaftar, atau mengetahui lebih lanjut tentang pertandingan ini, korang boleh layari Facebook Event YASSS BOLA!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.