Nampaknya memang trend company-company besar nak kikis duit gamers sebolehnya untuk content yang tak pasti dan belum tentu best. Sebelum ini Bethesda dengan Fallout 4 dan kini siri terkini Tomb Raider pula. Nampaknya akan ada season pass untuk Rise of Tomb Raider yang dijangka bernilai sekitar RM 100.

rise_of_the_tomb_raider-game-lara_croft-bear-1366x768Season pass ini masih belum diumumkan oleh Square Enix mahupun Microsoft tapi kewujudannya leaked kerana Amazon. Dijangka Square Enix atau Microsoft akan memberikan info sepenuhnya kelak untuk season pass ini.

Rise of Tomb Raider masih belum ada tarikh untuk dipasarkan tetapi dijangka sekitar bulan November tahun ini untuk Xbox 360 dan Xbox One.

 

Comments

comments