Tak perlu kot kita tanya kenapa Riot Games nak saman tiga game ini, kan? Nampak sangat, kan?

[KEMASKINI]

Moonton melalui akaun Facebook Mobile Legends: Bang bang telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab pertuduhan ini. Secara khususnya, Moonton berkata segala pertuduhan terhadap Mobile Legends itu berunsur negatif dan palsu!

Dalam kenyataan rasmi tersebut, Moonton menegaskan bahawa Mobile Legends adalah sebuah game MOBA yang dibangunkan Moonton sepenuhnya, dan hakciptanya telah pun didaftar dan dilindungi di banyak negara serata dunia. Moonton memiliki hakcipta penuh terhadap intellectual property ini

Moonton juga berkata bahawa pengguna dan pemain Mobile Legends takkan terkesan dengan laporan palsu ini dan mereka akan terus memberikan pengalaman gameplay terbaik kepada pemain seluruh dunia.

Moonton juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan pesaing yang menyebarkan pertuduhan palsu ini.

Nampaknya drama ini semakin berlarutan. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya.

[ARTIKEL ASAL]

Siapa yang tidak kenal dengan Mobile Legends: Bang Bang sekarang. Sebuah game di peranti mobile, bergenrekan MOBA yang cukup popular ini nampaknya bakal menghadapi masalah besar.

Developer untuk game MOBA yang telah bertapak di platform PC sejak sekian lama, League of Legends telah mengeluarkan saman bagi pelanggaran hak cipta terhadap Shanghai Moonton Technology. Tuntutan mahkamah ini dibuat pada minggu lalu di Central District Court of California (via Dot Esports).

Tiga game yang dibangunkan oleh Shanghai Moonton Technology yang telah dipersoalkan adalah Mobile Legends: 5V5 MOBA, Mobile Legends: Bang Bang, dan Magic Rush: Heroes. Sebagai peminat genre MOBA, terutamanya League of Legends, pastinya korang tidak terkejut mengapa Riot Games mengambil tindakan sedemikian, kerana ia kelihatan game-game ini telah meniru League of Legends sehingga kepada butiran-butiran kecil dan unik.

Gambar kredit Dot Esports.

Semuanya bermula dengan logonya. Kita tidak perlu menjadi seorang pereka grafik profesional untuk melihat persamaan antara logo League of Legends dan Mobile Legends. Kedua-duanya menggunakan font dan shield backdrops yang sama. Itu kita belum masuk lagi kepada tektur, rekaan map, skema warna, dan lokasinya ditiru hampir kesemuanya.

Gambar kredit Dot Esports.

Korang lihatlah pula hero Annie daripada League of Legends dan Emily daripada Magic Rush.

Gambar kredit Dot Esports.

Menurut Dot Esports lagi, Riot Games bukanlah melakukan tindakan melulu dengan terus mengambil tindakan mahkamah. Tuntutan pelanggaran hak cipta ini telah dilakukan selepas mereka telah cuba beberapa kali untuk menghubungi Google Play dan App Store bagi memadamkan kedua-dua Magic Rush dan Mobile Legends: 5V5 MOBA.

Moonton kemudian telah memadamkan Mobile Legends: 5V5 MOBA daripada App Store tanpa notis, dan selepas itu menaikkan semula game yang sama di bawah nama yang berbeza – iaitu Mobile Legends: Bang Bang.

Riot Games percaya bahawa Moonton telah menjana ribuan dollar, malah mungkin jutaan dollar – dengan hanya meniru League of Legends.

Comments

comments