Mengutarakan real-time tactics, ia sememangnya berhak untuk mendapat perhatian peminat genre ini!

Menyerupai siri Commandos, Shadow Tactics: Blades of the Shogun merupakan sebuah game yang bergenrekan real-time tactics. Bertemakan zaman feudal di Jepun, pemain akan berpeluang mengawal sepasukan unit khas yang ditugaskan untuk melakukan penyusupan, sabotaj atau membunuh individu-individu tertentu. Berbekalkan kebolehan yang unik dan tersendiri, terpulang kepada kreativiti pemain untuk mencapai objektif yang diberi.

Buat masa ini, demo Shadow Tactics: Blades of the Shogun boleh didapati menurusi GOG atau Steam.

Shadow Tactics bakal tibe ke PC pada 6 Disember ini.

Comments

comments