Titanfall 2 telah diterbitkan baru-baru ini dan studio Respawn telah kembali sibuk menyiapkan DLC yang pertama untuk siri tersebut.

titanfall 2 04

Ditemubual Glixel, CEO Vince Zampella mengatakan studio terbabit berpuas hati dengan penerimaan pengkritik dan komuniti dan sememangnya merancang untuk meluaskan dunia Titanfall. Namun begitu, hasil jualan untuk Titanfall 2 masih terlalu awal untuk diukur buat masa ini, ujar Vince.

EA turut pernah menyatakan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan Respawn untuk tahun-tahun yang mendatang.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, semua game mode serta map akan diberikan sebagai DLC percuma untuk semua pemilik-pemilik Titanfall 2.

Titanfall 2 telah diterbitkan pada 28 Oktober lepas untuk PC, PS4 and Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.