Resident Evil: Umbrella Corps: Video Gameplay Dah Release!

Baru-baru ini Capcom dah release video gameplay Resident Evil: Umbrella Corps yang diumumkan bulan lepas! Konsep gameplay macam menarik. Korang rasa macamana?

Resident Evil: Umbrella Corps yang boleh dimainkan secara First-Person mahupun Third-Person view sepertimana Star Wars: Battlefront ini takkan mempunyai story mode!

Sebaliknya, backstory yang diberikan adalah dimana korang akan memainkan peranan sebagai mercenaries yang diupah untuk memasuki kawasan kejadian bio-terrorist untuk collect barang bagi pihak syarikat-syarikat besar yang cuba merampas takhta Umbrella Corporation. So, korang kene compete against team mercenaries lawan untuk melaksanakan objektif!

Permainan ini memperkenalkan ‘zombie jammers’ yang membolehkan korang beraksi di antara zombie-zombie tanpa diserang mereka. Dan kalau jammer ini rosak akibat ditembak enemy, zombies akan mula menyerang! Honestly, kitorang suka dengan konsep game ini. Walaubagaimanapun, character movement dan proportion masih tidak polished lagi.

Kita tunggu dan lihat ajelah ketibaan game in yang akan direlease bagi PC dan PS4 pada awal 2016.

Comments

comments