Berita baik untuk mereka yang memiliki PC dan Xbox One sebagai platform gaming. #MultiplatformOverlord

Ketua bagi bahagian Xbox One di Microsoft iaitu Phil Spencer telah mengesahkan bahawa Resident Evil 7: Biohazard akan mempunyai ciri Play Anywhere!

Ini bermakna, jika seseorang itu membeli satu salinan game di Xbox One maka dia akan menerima sebuah lagi salinan di Windows 10 Store. Perkara yang sama jika seseorang itu membeli dari Windows 10 Store, satu lagi salinan akan diterima di Xbox One.

Disamping itu, Play Anywhere akan mempunyai ciri cross-save yang dimana kedua-dua PC dan Xbox One akan mempunyai save game yang sama.

Berita baik bagi mereka yang ingin mendapatkan RE7 kerana sebuah DLC percuma yang bernama ‘Not A Hero’ akan diberikan untuk semua dan merupakan sebuah cerita pendek yang bakal hadir seawal Mac 2017 nanti.

Resident Evil 7 akan diterbitkan 24 Januari ini di Amerika Utara dan Eropah, dan 26 Januari di Jepun pada platform PlayStation 4, Xbox One dan PC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.