Peminat siri Resident Evil (RE) dan horror in general pasti akan menyukai Collectors Edition RE7 eksklusif untuk GameStop. Sesiapa yang mencuba demo Resident Evil mesti dapat feel barangan di dalam bundle ini yang amat creepy-pasta.

re7-ceBundle ini berharga $180 (RM 740+/-) dan dijual eksklusif di GameStop buat masa sekarang. Di dalam bundle ini terdapat kotak muzik berbentuk rumah setinggi 8 inci seperti yang dimain dalam demo RE7 tersebut. Kotak muzik itu juga memainkan sebahagian daripada lagu tema rasmi “Aunt Rhody”, diiringi dengan lampu LED yang berkelip mengikut lagu.

Kepada mereka yang bermain demo pasti akan menyukai ‘Jari patung dummy‘ yang dijumpai di dalam laci walaupun asalnya tidak ada apa-apa fungsi. Ha, kali ini jari ini mempunyai fungsi sebagai USB 4 GB. Best nih kalau dapat tunjuk kepada rakan ada jari keluar dari port USB korang.

Bukan jari hantu
Jari dummy yang dijumpai oleh penulis di dalam demo RE:7

Korang boleh menyimpan ‘jari’ tersebut di dalam kotak ‘VHS tape box’ yang ikonik di dalam demo tersebut. Antara barang ikonik yang korang boleh dapat adalah Litograf menunjukkan keluarga Baker dan sebuah ‘nota’ menyeramkan dari mereka.

Semestinya korang akan dapat game RE7: Biohazard di dalam steel case. Packaging bundle ini saja pun dah cukup eerie dengan imej seseorang melihat luar tingkap. Ceghing dak bulu roma hangpa takat tengok ni ja? RE7: CE ni direka oleh Project Triforce dan akan mula dijual pada Januari 24, 2017.

Buat masa ini, CE ini hanya boleh didapatkan di Gamestop, Amerika Syarikat. Berdoalah kita agar dapat juga CE ini masuk ke pasaran Malaysia buat mereka yang die-hard fan RE.

Comments

comments