Korang cukup kental untuk sertai pertandingan ini?

Red Bull Product of Europe, Celcom dan NaGaming bakal menganjurkan satu pertandingan FIFA 18 di Sunway University pada 14 April 2018. Ia merupakan sebuah pertandingan yang kami pasti korang tidak pernah menyertai pertandingan seumpama ini.

Digelar ‘Red Bull Extra Time’, pertandingan ini bukan sahaja akan mempertaruhkan kehebatan skil korang bermain FIFA 18, malah juga akan menguji daya ketahanan korang!

Peraturannya mudah, lawan seberapa ramai pemain selama 10 jam – sesiapa yang menang, dia akan kekal dalam permainan. Atau dalam kata lain, winner stays.

Memilih pasukan daripada negara-negara yang layak ke Piala Dunia 2018, dua pemain akan berentap 1v1 antara satu sama lain. Pemain yang menang akan kekal di dalam gelanggang dan menanti pencabar yang baru. Sekiranya pencabar baru ini kalah ataupun seri, dia perlu keluar daripada gelanggang!

Setiap satu kemenangan yang diperoleh, 1 mata akan dikumpul oleh pemain tersebut.

Yuran pendaftaran hanyalah RM8, di mana pemain mendapat 2 kali penyertaan, didatangkan sekali dengan minuman Red Bull Energy dan kad sim XPAX.

Sekiranya ingin mencabar lagi, pemain boleh dapatkan lagi slot tanpa batasan, dengan membeli barangan seperti yang berikut:

  • 1 x tiket = RM5 (didatangkan bersama 1 x Red Bull Energy Drink 250ml)
  • 3 x tiket = RM10 (didatangkan bersama 1 x XPAX tambah nilai prabayar bernilai RM10)

8 pemain yang mendapat mata tertinggi dalam tempoh 10 jam akan layak ke peringkat seterusnya yang menggunakan format double elimanation pula. Dari sini, seorang juara akan dinobatkan!

Pertandingan ini kelihatan agak rumit, ya tak? Tapi semua susah payah itu akan terbalas apabila korang mengetahui apakah hadiah yang bakal direbutkan.

Hadiah terkumpul sebanyak RM2,000 akan menjadi rebutan dan juara akan diterbangkan ke Sao Paulo, Brazil untuk menyaksikan Neymar Jr’s Five World Final 2018 – sebuah pertandingan futsal tajaan Red Bull.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi atau Facebook Event Red Bull Extra Time.

Comments

comments