Saya tak reaaadyyy… terlalu massive! Gempak! Bang bang boom fuhhhhh. Best ke filem Ready Player One dari perspektif seorang gamer? So member yang tak minat game boleh faham tak?

Haa jom baca review filem Ready Player One, lepas ini mesti korang boleh nilai nak tengok ke tidak.

Bayangkan dari minit ke-5 hingga ke minit 20 tayangan filem ini, penulis ternganga melihat adegan aksi-aksi yang tak disangka ketika babak racing itu (no spoilers, ada dalam trailer).

Steven Spielberg, ikon ‘pop culture’ dan juga pengarah filem terkenal dengan filem-filem seperti E.T, Indiana Jones, Jaws dan Jurassic Park – telah menghasilkan filem Ready Player One ini yang penuh dengan impak dan aksi dari awal sehingga akhir.

Filem ini diadaptasi dari novel RP1 yang ditulis oleh Ernest Cline yang diterbitkan pada Ogos 2011.

Antara kelab yang berada di dalam dunia OASIS

Filem RP1 menceritakan tentang kehidupan Wade Wyatt pada tahun 2045 di mana dunia semakin kehilangan sumber alam dan manusia kini hanya mampu hidup cukup-cukup makan. Dengan itu semua orang di muka bumi ni terbiasa dengan dunia virtual reality dinamakan OASIS yang dibina oleh James Halliday untuk melarikan diri dari realiti. (Kalau korang pernah bermain VR Chat atau tengok Summer Wars, its a good reference to it)

Halliday meninggal dunia tidak lama kemudian dan telah menyembunyikan 3 kunci di dalam dunia OASIS. Ketiga-tiga kunci ini hanya boleh dicari dengan memahami dan mengetahui kisah hidup Halliday di dalam game yang telah dibina. Kunci-kunci ini akan membuka sebuah portal dan memberi kuasa penuh untuk pemenang memiliki OASIS.

Euw, kerje ke? Main la VR boleh ‘Halliday’ setiap hari tak payah cari Jobs. Get it?

Hampir kesemua orang mempunyai ‘avatar’ tersendiri di dalam game tersebut malah merupakan sebahagian dari rutin harian kehidupan orang ramai. Di dalam OASIS, orang juga hidup sebagai satu komuniti dan tidak sedar apa yang sedang berlaku di dalam OASIS boleh memberi kesan impak ke atas kehidupan sebenar apabila sebuah syarikat yang ingin mendapat ketiga-tiga kunci tersebut untuk memiliki dunia OASIS dan monopoli dunia benar.

Hmm, ini cerita macam untuk gamer je. Habis tu kalau nak bawak orang yang tak minat game boleh enjoy ke? Ke movie ini best sebab based on video games?

Bahasa dan Terma Gaming

Ya terdapat sangat banyak terma dan keyword yang sering digunakan oleh gamers yang digunakan di dalam filem ini dan mungkin tidak dapat difahami oleh orang awam seperti ‘lootbox’, ‘respawn’, ‘easter egg’, ‘clan’ dan pelbagai terma gaming lagi. Namun filem ini dapat menyampaikan maksud dan cara pengunaan ayat tersebut dengan baik sekali. Ha, lepas ini kawan-kawan sekolah/officemate dalam friendlist mungkin faham status update kita yang berbahasakan terma game.

Gaming Culture Terkini

Ramai mungkin tidak memahami kenapa clanning-up dan running solo membuat banyak perbezaan dalam bermain video game. Di dalam filem RP1 ada menceritakan tentang seorang pemain game yang OP (over-powered) sering bersiaran langsung di “Twitch” dan para gamer lain akan menonton dan mengkaji cara bermain pemain tersebut untuk memperbaiki kemahiran diri serta mengkaji bagaimana nak mendapatkan klu ke kunci tersebut.

Turut diceritakan adalah sebab kenapa gamer menyembunyikan identiti di dunia sebenar dan mempunyai persona lain yang melambangkan identiti dalaman dalam game. Tetapi ini juga membawa kepada masalah “cat-fishing” yang boleh nampak di dalam filem tersebut. Juga penting untuk kita mengetahui limit untuk bermain game dan menjalankan kehidupan sebenar walaupun betapa teruknya kehidupan di dalam realiti. Oh ya, please make sure jangan letak password merata.

Aksi dan Grafik

Just FYI, saya belum habis tutup mulut ternganga dari keluar wayang malam semalam sampai bangun pagi ini. Full action-packed, dari awal sampai habis. Penggunaan CGI yang pelbagai macam dari 8-bit, neon, realistic hingga 3D.

Walaupun di luar OASIS, dunia dystopia yang semakin tandus tetap kelihatan mengagumkan. Avatar di dalam OASIS boleh di-custom mengikut kesukaan sendiri, avatar watak utama Wade Wyatt yang lebih dikenali sebagai Parzival membawa kita kembali ke nostalgia filem Final Fantasy: Advent Children. Haa berapa banyak easter egg korang boleh jumpa di dalam filem ini?

Movie ini hanya dalam paparan 2D dan tiada 3D di pawagam. Baru ingat nak masuk merasa macam dalam dunia VR!

Saya bukan Vaan dari Final Fantasy ataupun Jack Frost.

Muzik dan Bunyi

Dari chiptunes hingga ke ambient sound yang digunakan, kita bagaikan berada dalam filem tersebut. Efek bunyian diguna cukup immersive mengikut grafik. Menonton di pawagam bersama surround 7.1 memang puas. Banyak bunyi game lain yang ikonik seperti Pacman, Tracer dari Overwatch namun kemungkinan aksi terlalu intense sampai tak perasan lagu lagu dimainkan ketika movie ini berlangsung. Soundtrack tenggelam, tak macam skor-skor Hans Zimmer.

Jalan Cerita

Story tak complicated dan lightweight, straight forward. Penuh dengan gelak tawa dan inside joke untuk para gamers. Pengenalan karakter yang menarik. Filem ini memang ‘fresh in the market’ di mana ia tidaklah sangat menyerupai jalan cerita yang lain di mana kita boleh agak apa jadi. I mean obviously motif cerita ini untuk mencari ketiga-tiga kunci tersebut tetapi cara mereka mencari clues kepada kunci seterusnya amat keencaaang.

Dari bermula sehinggalah ke 2/3 cerita ini aksi memang tidak penat. Sebelum sampai ke puncak klimaksnya agak tenggelam sedikit dengan dilemma mellow. Semestinya, ending dia memang memuaskan.

Haaa nak tahu dengan lebih mendalam? Apa yang best for gamer? Jom sembang sikit intipati dalam movie ni.

Spoilers ahead! Kalau belum tengok jangan baca!

Buku vs Movie

Di dalam buku yang dikarang, filem ini mempunyai banyak pengaruh 80’s retro game. Manakala di dalam movie ini juga mempunyai pelbagai karakter lain yang luar dari era retro seperti Tracer dari Overwatch dan Harley Quinn dari Injustice (skin-wise, bukan yang zaman nampak mcm badut dari komik 80’an). Tetapi keseluruhan filem tersebut tetap mengagumkan dengan adanya tambahan karakter lain. Lagi ramai lagi meriah bukan?

Konsep Easter Egg

Kesemua kunci-kunci yang tersembunyi mempunyai cara-cara tersendiri untuk mendapatkannya. Mencari dengan mata sahaja tak akan jumpa. Bukan setakat jalan cerita sahaja mempuyai easter egg, seluruh filem tersebut mengandungi pelbagai elemen tersembunyi yang mengandungi details dari tajuk-tajuk retro blockbuster apabila kita betul-betul fokus.

Bagaimana kalau theory Soul Stone MCU tu bukan dekat Wakanda sebenarnya, tetapi sebenarnya Easter Egg dalam movie ini? Easter eggception.

Kehidupan di Dalam Game vs Realiti

Macam kita semua yang berada di dunia realiti dan sering bermain online dengan rakan-rakan, samalah di dalam movie ini. Cuma dalam filem ini, ‘coins’ yang digunakan di dalam OASIS, juga boleh membeli barangan di dunia sebenar. Syarikat IOI telah mencipta pelbagai 3rd-party gaming gears untuk experience yang sepenuhnya di dalam OASIS.

Disebabkan masyarakat sangat obses dan juga mengharapkan penjanaan bisnes di dalam dunia VR sehingga sanggup berhutang, IOI menangkap dan memaksa mereka yang berhutang dan berkerja secara paksa di program loyalti mereka. IOI yang ingin mendapatkan ketiga-tiga kunci tersebut supaya dapat mengambil alih OASIS, telah membangunkan sebuah revolusi kepada pemain tegar yang ingin menyelamatkan dunia OASIS dan juga dunia sebenar dari dimonopoli oleh tangan pihak jahat.

Sedar tak sedar di dalam kehidupan seharian kita, penjualan barangan in-game seperti di dalam DoTA, CS:GO, IMVU, Second Life dapat menjana duit di dalam realiti walaupun barangan tersebut virtual.

Membunuh/melawan pihak lawan akan berkecai menjadi “coins”. Farming mode on!

Clan Itu Adalah Identiti Dalam Komuniti

Mereka yang tidak bermain game secara online, mungkin tak akan faham dan bertanya ‘penting sangat ke clan? Alah group je pon’.

Kepada gamers, clan ini bukan setakat member yang melepak online satu discord/party-chat pagi petang siang malam. Bagi penullis yang bermain online game dari kecil, clan ini bukanlah perkara yang kecil malah merupakan sebuah kebanggaan dan reflects your identity. Setiap clan mempunyai pendirian dan ‘role’ masing masing dan tolong-menolong antara satu sama lain – membentuk sebuah ekosistem kehidupan di dalam satu komuniti.

Kehidupan komuniti miskin sebenar yang ditindas dalam filem RP1 menunjukkan dunia pada tahun 2045 semakin gersang.

Kepercayaan Berkawan/Bercinta Online

Filem mana tak ada kisah cinta, kan? Tipulah korang tak pernah ada crush dekat seseorang online walaupun tak pernah jumpa. Namun, kita tetap melihat member kita yang online itu ibarat sudah kenal bagaikan saudara. Di dalam movie ini, anda tidak patut memberitahu identiti sebenar di dunia realiti ha, nanti kene kecam. Takde keyboard warrior, diorang betul datang ketuk bagi mati real life takde respawn.

Amazing juga bila last minute dapat jumpa clan member buat kali pertama. Mesti korang pernah terkejut, member perempuan itu sebenarnya lelaki, budak paling OP itu adalah 14 tahun, kan? Tapi tak kisah pun sebab bila dalam game kita semua sama… kecuali skill yang menjadi keutamaan. Tak kisahlah dalam real life CEO atau Presiden, kalau dalam game kau noob, maka kau noob lah.

Ikon retro zaman New Hollywood dan apa yang tidak ada

Yasss. Kita semua excited tengok kesemua karakter nostalgia pop ikon retro di dalam satu filem. Mana lagi nak tengok Godzilla dan King Kong berperang sekali sambil Hello Kitty dan Dear Daniel berjalan dengan comel di tepi jalan. Disebabkan Disney telah membeli hak atas Marvel dan Star Wars so kita hanya mampu melihat kebanyakan karakter komik yang ikonik dari DC dan mendengar ayat ‘Millenium Falcon’ sahaja. Namun barangan yang digunakan di dalam filem tersebut contoh ‘1 life up’ coin dari Mario dan ‘Holy Grenade’ dari Worms memang membawa zaman throwback. Sayangnya, teringin pulak tengok orang guna ‘Dubstep Gun’ dari Saints Row. Mesti lagi pecah.

Haa itu sahaja, nak bagitau lebih nanti tak best pulak, kan? Nanti dah tengok drop a comment and gitau apa pulak pandangan korang.

Boleh Tonton

 +  Sesuai untuk semua orang awam tengok sama ada gamer atau tidak
 +  2/3 filem dipenuhi aksi
 +  Mengajar non-gamers memahami jiwa gamers
 +  VFX yang mengagumkan dari pelbagai aspek
 +  Story straight forward dan tak berat nak tengok
 +  Kembali kepada zaman nostalgia

Boleh Blah

   Muzik skor tak memorable selain dari trailer
 –  Aksi makin kelam sebelum klimaks filem
 –  Tidak ada di dalam format 3D movie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.