Rekaan terbaru dalam dunia gaming laptop bakal menjelma!

Razer pada hari ini telah mendedahkan Project Valerie, sebuah rekaan konsep untuk gaming laptop dengan menampilkan 3 monitor terbina. Setiap monitor ini adalah 17.3 inci 4K IGZO display, didatangkan dengan teknologi NVIDIA G-SYNC™ yang mampu untuk mencipta framerate yang paling lancar serta boleh berkembang hingga 180 darjah NVIDIA Surround View gaming. Para profesional kreatif bakal disajikan dengan ketepatan warna 100 peratus Adobe RGB.

Project Valerie akan menggunakan mekanisme automatik yang direka khas oleh Razer. Setiap paparan akan terbuka secara mekanikal dari paparan skrin utama dan boleh dilaraskan mengikut kehendak pengguna.

“Kompleksiti yang terdapat pada penyediaan multi-monitor tradisional adalah suatu masa lampau melalui Project Valerie,” kata pengasas bersama dan CEO Razer, Min-Liang Tan dalam satu kenyataan. “Dengan kepentingan yang sama, kuasa yang ada pada komputer desktop dan keupayaan grafik tiga monitor berkuasa tinggi telah ditampilkan dalam sistem ini. Tiada lagi kekurangan yang terdapat pada prestasi dalam kemudahalihan dan fungsi yang mengagumkan.”

Project Valerie akan didatangkan bersama NVIDIA GeForce GTX 1080, melebihi keperluan minimum untuk menggunakan HTC Vive dan Oculus Rift.

Buat masa ini, Razer belum mendedahkan tarikh pelancaran dan harga Project Valerie. Anda boleh mendaftar di sini untuk mendapatkan pengumuman-pengumuman tentang Project Valerie.

Anda boleh layan gambar-gambar Project Valerie ini daripada pelbagai sudut di bawah:

Layan pula video di bawah, di mana TechRadar sendiri telah mencuba sistem ini:

Comments

comments