Direka khas untuk mereka yang gemarkan gaming di smartphone.

Razer telah mengumumkan akan memperkenalkan kepada dunia, smartphone gaming yang direka khas oleh mereka dan peranti ini bakal dipertontonkan pada 1 November kelak.

Buat masa ini Razer masih belum mengeluarkan sebarang info mengenainya selain gambar seorang lelaki sedang menggunakan smartphone tersebut di laman web mereka.

Kemungkinan besar smartphone ini akan menggunakan sistem operasi Android untuk berfungsi dengan tema hitam/hijau seperti yang biasa digunakan oleh Razer.

Apa pendapat korang tentang pilihan Razer untuk memasuki dunia smartphone? Apa ciri-ciri yang korang rasa patut ada untuk smartphone ini? Kongsikan pendapat di ruangan komen!

Sumber: Razer.

Comments

comments