Berita yang pastinya tidak mengejutkan ramai peminat DotA 2 – Nico “eyyou” Barcelon, Marc Polo “Raven” Luis Fausto dan Jimmy “DeMoN” Ho tidak lagi bersama Fnatic!

Fnatic dalam satu pengumuman di laman rasmi mereka telah menyatakan akibat persembahan yang tidak memberangsangkan serta perlunya kepada halatuju baharu, Fnatic telah melepaskan eyyou, Raven dan DeMon.

Selepas TI6, Fnatic menyaksikan kehilangan Djardel Jicko B. “DJ” Mampusti ke Execration, Zheng “MidOne” Yeik Nai ke Team Secret dan Adam “343” Shah pemain support mereka kelihatan seperti masih belum mempunyai team. Fnatic mendapat tempat ke-4 di TI6 dan eyyou, Raven dan DeMon dari TNC Pro Team mendapat tempat Top 8 – namun dengan kemasukan tenaga baru masih gagal membuktikan keupayaan mereka di acara-acara kelayakan antarabangsa.

fnatic

Fnatic juga mengeluarkan kenyataan daripada eyyou, Raven dan DeMon di dalam pengumuman yang sama;

Jimmy “Demon” Ho
Perubahan di dalam pasukan ini tidak dapat dielakkan berikutan keputusan pertandingan kami. Perancangan tidak menjadi seperti yang dirancang dan tibalah masa untuk memulakan kisah baru. Terima kasih Fnatic kerana peluang tersebut tetapi kini saya akan menjadi free agent dan mencari pasukan baru. Dengan ini, saya akan berpindah kembali ke USA.

Marc Polo “Raven” Luis Fausto
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fnatic. Saya benar-benar seronok sepanjang di Fnatic dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mushi kerana telah banyak mengajar saya dan saya doakan kejayaan buat mereka.

Nico “eyyou” Barcelon
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keseluruhan pasukan Fnatic dan pihak pengurusan kerana peluang yang diberikan, walaupun kita tidak berjaya mendapatkan keputusan yang memberangsangkan sepanjang 2 bulan sebagai pasukan. Saya amat berterima kasih di atas segala pengalaman dan pengajaran yang diberikan oleh Fnatic kepada saya sebagai seorang individu di dalam dan luar game. Saya ucapkan selamat maju jaya buat semua.

Dengan kehilangan 3 pemain ini, Fnatic menjanjikan lineup baharu menjelang tahun baru yang akan melengkapi pemain veteran Malaysia, Chai “Mushi” Yee Fung dan Chong Xin “Ohaiyo” Khoo.

[KEMASKINI]:

Marc Polo “Raven” Luis Fausto telah kembali kepada lineup TNC. Ini kata-kata beliau mengenai kepulangannya ini:

“Saya ingin berterima kasih kepada pengurusan TNC kerana menerima saya semula. Memandangkan saya berkawan dengan semua, saya ingin memandang ke hadapan untuk tahun yang berjaya bersama pasukan. Saya berharap kami akan memenuhi impian kami bersama dan mencapai matlamat kami secara berpasukan.”

Sekembalinya Raven kepada TNC ini, berikut adalah roster TNC yang terkini:

  • Marc Polo ‘Raven’ Luis Fausto
  • Carlo ‘Kuku’ Palad
  • Samson Solomon ‘Sam_H’ Enojosa Hidalgo
  • Ryo ‘ryOyr’’ Hasegawa

Comments

comments