Terkini, Sony Computer Entertainment telah secara rasmi mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjasama bersama Hideo Kojima dalam membangunkan franchise baru.

President and Global CEO Sony Computer Entertainment Inc., Andrew House dalam satu video khas telah memperkenalkan Hideo Kojima sebagai rakan baru PlayStation.

Kami di JomGaming telah bersorak kegembiraan apabila mengetahui Hideo Kojima kini sudah bebas dari cengkaman Konami dan memilih Sony sebagai rakan kerja terbaru. Anda pula bagaimana?

JomBaca: Hideo Kojima: Bebas Dari Cengkaman Konami!

Comments

comments