Peluang terakhir untuk anda dapatkan akses mudah kepada semua kandungan Year 1.

rainbow-six-siege-season-pass

Rainbow Six Siege bakal menutup tahun pertama dengan penuh jayanya. Walaupun pada awal pelancaran, boleh dikatakan ia kurang stabil daripada pelbagai aspek, namun ia telah ditambahbaik dengan pelbagai kemaskini. Lebih-lebih lagi, ia mendapat sambutan yang cukup hangat apabila DLC-DLC yang ditawarkan adalah percuma.

Di sebalik DLC-DLC percuma tersebut, Ubisoft tetap menawarkan Season Pass, di mana ia memberikan akses seminggu awal kepada Operator-operator terbaru dan pengecualian meng-unlock Operator tersebut menggunakan Renown (in-game currency). Tiada sebarang duit sebenar dikenakan untuk memainkan Operator tersebut, selain membeli barangan yang hanya bersifat kosmetik.

Satu strategi DLC yang mendapat pujian ramai pemain dan pengkritik.

Terbaru, Ubisoft telah mengumumkan bahawa Season Pass untuk Year 1 ini akan ditamatkan pada 1 Disember, di mana pada tarikh itu, ia adalah peluang terakhir kepada pemain yang belum memilikinya untuk mendapatkannya.

rainbow-six-tachanka

Mereka sebelum ini telah mengumumkan bahawa Ubisoft bakal menyokong penuh game ini untuk tahun kedua. Namun, sebarang info rasmi tambahan belum didedahkan. Khabar angin ada menyebutkan bahawa strategi yang sama akan digunakan untuk tahun kedua, yang mana 4 siri DLC akan ditampilkan bertemakan negara-negara tertentu, dan setiap DLC tersebut bakal membawakan satu map dan dua Operator baru.

Dalam post yang dikeluarkan itu juga, mereka berkata info mengenai Year 2 akan diumumkan tidak lama lagi. Dan kami jangkakan ia bakal membawakan strategi DLC yang serupa, melihat daripada kejayaan mereka dalam Year 1 ini. Apatah lagi apabila terbaru, Ubisoft mendedahkan bahawa mereka tidak akan mengenakan DLC berbayar lagi untuk menghalang pemain daripada menikmati pengalaman game mereka pada masa akan datang.

Sama-sama kita nantikan.

Comments

comments