Laporan tempoh hari yang menjangkakan DLC pertama untuk Rainbow Six: Siege bakal menemui para pemain pada Januari 2016, kini telah ditunda.

rainbow-six-siege-op-black-ice

Pihak Ubisoft telah mengesahkan bahawa tarikh baru untuk DLC pertama, Operation Black Ice akan dikeluarkan pada 2 Februari 2016. Mereka yang telah memiliki Season Pass akan serta-merta mendapat access ke DLC ini pada hari tersebut, manakala kepada yang tidak, ia akan boleh dimainkan 7 hari kemudian – tanpa sebarang caj (wang sebenar) tambahan.

Dalam DLC terbaru ini, para pemain akan disajikan dengan 2 Operator baru, yang datang dari counter-terrosism unit Joint Task Force 2 (JTF2) Kanada. Sudah pasti, 2 Operator baru ini bakal mempunyai weapon-weapon baru dan gajet unik masing-masing.

rainbow-six-siege-gameplay

Bukan itu sahaja, DLC ini juga akan didatangkan dengan satu map baru serta beberapa weapon skins yang semuanya adalah percuma kepada semua pemain.

Selain itu, mereka juga mengatakan bahawa terdapat ‘gameplay upgrades’ yang mereka masih lagi ‘berahsia’ mengenainya.

Kami dah tak sabar menantikan DLC baru ini! Korang pula macam mana?

JomBaca: Rainbow Six: Siege Adalah Game Yang Lebih Baik, Tapi Mengapa Ia Tidak Sepopular Star Wars Battlefront?

Comments

comments