Tahun pertama sudah pun habis – tiba masanya untuk kita memasuki ke tahun kedua pula.

rainbow-six-siege-year-2

Dalam laman web rasmi Rainbow Six Siege, Ubisoft telah mengumumkan Year 2 Season Pass untuk game ini, lengkap dengan semua info tentang DLC-DLC yang bakal diterima para pemain secara percuma untuk tahun kedua nanti.

Sepanyol, Hong Kong, Poland dan Korea Selatan adalah 4 buah negara yang diumumkan sebagai counter-terrorism unit (CTU) yang bakal digunakan. Seperti yang dijangka, strategi yang digunakan dalam DLC-DLC pada tahun pertama akan turut digunakan untuk tahun kedua ini.

Berikut adalah apa yang bakal anda peroleh dalam Year 2:

  • 8 Operator baru dari 4 CTU baru
  • 4 map baru bertempat di 4 buah negara yang telah disebut
  • Primary dan secondary weapon baru
  • Pelbagai penambahbaikan kepada game serta barangan kosmetik

Berikut adalah infografik yang menunjukkan jadual bagi setiap 4 musim DLC tersebut akan dilancarkan:

rainbow-six-siege-year-2

Year 2 Season Pass juga telah diumumkan, di mana ia turut menggunakan strategi yang sama seperti Year 1 Season Pass:

  • Seminggu lebih awal akses kepada setiap 4 DLC tersebut
  • 10 peratus diskaun untuk barangan in-game
  • 5 peratus Renown boost lebih pantas untuk meng-unlock in-game content
  • 2 daily challenges tambahan

rainbow-six-siege-year-2

Anda boleh dapatkan Year 2 Season Pass untuk PC di sini, Xbox One di sini dan PS4 di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.