Tinggal beberapa minggu sahaja sebelum Rainbow Six Siege dilancarkan pada 1 Disember 2015. Dengan trend game masa kini yang menyediakan sistem progress yang kurang memuaskan serta content-content berbayar, pastinya kita ingin mengetahui apakah yang bakal disajikan oleh Ubisoft Montreal untuk game ini. 

rainbow-six-siege-1

Game Ini Dibina Untuk Jangka Masa Panjang.

Ubisoft Montreal telah menjanjikan bahawa game ini bakal menyediakan kelainan yang sukar dijangka berbanding game-game Ubisoft sebelum ini. Mereka berkata, fokus mereka adalah untuk menyediakan pengalaman online multiplayer yang hebat, dan mereka telah menyatakan komitmen mereka untuk melabur masa dan tenaga bagi jangkamasa panjang.

Rainbow-Six-Siege-rapel-down

Tambah mereka lagi, terdapat 80 orang kakitangan yang sentiasa bersedia mendengar segala feedback dari para pemain untuk membawakan pengalaman terbaik kepada game ini serta memupuk pertumbuhan antara komuniti.

JomBaca: Rainbow Six: Siege: 6 Fakta Yang Korang Patut Tahu!

Setahun, 4 Musim DLC. Percuma.

Pada tahun pertama setelah ia dilancarkan, terdapat banyak content yang akan diberikan dalam bentuk ‘bermusim’. Content yang akan dikeluarkan dalam masa setahun tersebut adalah:

  • 4 map baru (dapat dimainkan dalam kedua-dua online multiplayer & Terrorist Hunt).
  • 8 operators baru, dengan weapon primary dan secondary baru serta gadget-gadget unik.
  • Item-item kosmetik baru.
  • Game mode dan event-event baru.

rainbow-six-siege-season

Mereka telah berjanji bahawa kesemua map dan game baru tidak akan dijual. Map-map dan game mode baru akan diberikan percuma serta merta kepada semua pemain. Mereka tidak mahu para pemain dan komuniti berpecah atau ‘community split’.

Operators baru dan kebanyakan weapon skins boleh di-unlock dengan in-game currency dipanggil Renown (akan dibincang lebih teliti di bawah).

Namun begitu, terdapat juga R6 Credits, iaitu kredit yang boleh dibeli pemain dengan matawang sebenar. Dalam topik berkenaan kredit ini, Ubisoft Montreal mengatakan ia bukanlah sistem ‘pay to win’. Kesemua unlock boleh para pemain dapatkan jika bermain dengan ‘playtime’ yang cukup. Cuma, R6 Credits ini boleh dibeli jika ingin mempercepatkan unlock tersebut – bermakna, tiada unlock yang eksklusif hanya untuk R6 Credits ini.

rainbow-six-siege-philosophy

Sekiranya sistem ini benar-benar begini, kami mengalu-alukannya. Di atas kertas, ia nampak seperti tidak memberikan kelebihan kepada para pemain yang membeli kredit tersebut kerana ia tidak mempengaruhi gameplay.

Bagaimana Renown Berfungsi?

Senang kata, Renown ini adalah XP bagi game ini. Renown ini korang boleh kumpul/hilang dengan melakukan perkara-perkara berikut:

  • Menyiapkan Situations.
  • Menghabiskan sesebuah match, sama ada menang atau kalah, Terorist Hunt (co-op) atau online multiplayer.
  • Kills / Assists / Revives.
  • Ranked match akan diberi lebih Renown dari Unranked.
  • Membunuh teammates akan memberikan kesan negatif kepada Renown.
  • Menyiapkan Daily Challenges atau menonton video tutorials.

Operation Black Ice – Januari 2016.

Mereka juga telah mengumumkan bahawa DLC pertama game ini, Operation Black Ice akan diberikan kepada para pemain menjelang Januari ini. Mereka telah memberi sedikit gambaran bahawa DLC ini akan menyajikan feature-feature seperti 1 map baru, beberapa weapon & gadget baru serta gameplay update.

rainbow-six-siege-op-black-ice

+++

Seteleh mencuba Beta game ini pada beberapa bulan yang lepas, kami merasakan game ini memiliki kelainannya yang tersendiri dan benar-benar mempunyai potensi yang sangat baik. Kami tidak sabar untuk menunggu tanggal 1 Disember ini!

JomBaca: Shooter Meletop Akhir Tahun: SW Battlefront vs Rainbow Six Siege vs CoD: Black Ops 3!

Comments

comments