Satu lagi map yang menggunakan latar belakang sebuah bangunan pencakar langit.

Awal bulan ini, Ubisoft telah mendedahkan judul untuk DLC terakhir bagi tahun kedua Rainbow Six Siege – iaitu Operation White Noise. Mereka hanya memberikan sedikit sahaja info acah tentang 2 Operator dan map dari Korea Selatan itu.

Terbaru, Ubisoft telah mengeluarkan sebuah video trailer untuk map yang bakal dilancarkan dalam DLC ini, digelar Mok Myeok Tower yang terletak di tengah-tengah kota Seoul. Korang boleh saksikan map yang cukup cantik ini di bawah:

Seperti biasa, pendedahan penuh terhadap DLC baru ini akan dilakukan semasa Pro League Finals, yang mana pada kali ini bakal berlangsung 19 November. Jangan lupa saksikan gameplay pertama daripada Operation White Noise di Twitch Rainbow Six.

Comments

comments