Sebelum dilancarkan kira-kira dua minggu lagi, map terbaru akan datang telah diperlihatkan oleh Ubisoft dalam video baru.

Video teaser trailer yang dimuat-naik untuk DLC Operation Blood Orchid dalam Rainbow Six Siege ini membawa kita untuk memperlihatkan map baru, Theme Park. Suasana yang sunyi dan suram, serta paparan bangunan taman tema yang telah lama ditinggalkan di Hong Kong menjadi fokus dalam video ini.

Korang boleh saksikannya di bawah:

DLC ini akan membawakan dua Operator dari Hong Kong (Hong Kong Special Duties Unit) dan satu Operator dari Poland (GROM), serta satu map baru yang akan menggunakan lokasi Hong Kong.

Seperti kelaziman, Operator-Operator baru ini akan boleh diakses oleh pemilik Season Pass secara terus pada 29 Ogos, dan pemain-pemain lain boleh meng-unlocknya dengan menggunakan matawang dalam game seminggu selepas itu, iaitu pada 5 September. Untuk map baru, Theme Park boleh dimainkan oleh semua pemain bermula 29 Ogos.

Ubisoft telah mengumumkan bahawa mereka akan memperlihatkan DLC ini dengan lebih lanjut pada acara Gamescom yang akan diadakan pada 26 Ogos ini, bersama-sama dengan Pro League Finals.

Operation Blood Orchid dalam Rainbow Six Siege akan dilancarkan pada 29 Ogos ini di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Rainbow Six Siege Akan Perkenalkan LAN Mode Untuk PlayStation 4 Tidak Lama Lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.