Saksikan map yang bakal terletak di kawasan pantai Ibiza, Sepanyol.

Ubisoft telah mengeluarkan video terbaru, memaparkan gambaran keseluruhan map yang akan ditampilkan dalam DLC terbaru Rainbow Six Siege, Operation Velvet Shell. Map yang diberi nama Coastline ini akan menggunakan latar belakang di kawasan peranginan di pantai Ibiza, Sepanyol. Para pemain akan bertarung di sebuah resort, La Perla Blanca, iaitu sebuah resort yang memang wujud di Sepanyol (tapi bukan di Ibiza).

Operation Velvet Shell merupakan DLC pertama untuk game ini bagi tahun kedua yang baru sahaja bermula. Kali ini, dua Operator dari Sepanyol akan dibawakan, namun kedua-duanya masih belum didedahkan Ubisoft.

Comments

comments