Kira-kira 2 minggu selepas pelancaran, Rainbow Six: Siege datang dengan patch update pertama mereka. Ia dijangka dapat dikemaskini bermula hari ini.

rainbow-six-siege-press-button

Berdasarkan patch notes – Update 1.1 yang telah dikeluarkan, terdapat beberapa update yang kami suka. Antaranya ialah:

PvP – Reduced time to detect Defenders outside from 5 seconds to 2 seconds – kami rasakan ini adalah satu tweak yang sangat baik. Dengan game yang di mana satu saat sahaja mampu mengubah keputusan perlawanan, 5 saat untuk Defenders dikesan di luar adalah satu jangka masa yang agak lama. Selepas ini, Defenders akan lebih sukar untuk melakukan flanking dari luar kawasan bangunan.

Rainbow-Six-Siege-house-out

JomBaca: Rainbow Six Siege: 5 Tips Untuk Elakkan Rakan Memanggil Korang Noob!

Glaz scope visibility enhanced – Warna kemerah-merahan yang terlalu terang untuk scope Glaz telah dikurangkan. Ia satu update yang amat kami alu-alukan kerana warna merah yang terlalu terang menyukarkan kami untuk melakukan snipe dari luar bangunan.

rainbow-six-glaz-before
Sebelum update
rainbow-six-glaz-after
Selepas update

Di samping itu, beberapa lagi update kecil yang kami rasakan amat baik adalah seperti:

  • Memperbaiki bug di mana Defenders boleh keluar dari bangunan menggunakan Deployable Shield semasa Preparation Phase.
  • Memperbaiki bullet impact di mana kadang-kala ia tidak di-register.
  • Memperbaiki warna darah yang terlalu terang.
  • Memperbaiki bug di mana kadang-kala pemain akan berpecah dari Squad semasa kembali ke menu utama

Selain itu, terdapat juga update yang membuatkan kami sedikit risau. Ianya adalah:

Team killing reduction. Implemented an auto-kick feature for intentional team killers – Dalam patch notes tersebut, mereka akan meletakkan parameter di mana game akan mendapat kesan sama ada team killing tersebut adalah sengaja ataupun tidak sengaja. Jika sengaja, game akan kick player yang melakukan team killing itu. Ia mungkin satu feature baru yang bagus jika ia berfungsi dengan baik. Apa yang kami risaukan adalah sekiranya parameter tersebut tidak berfungsi dengan baik dan akan kick player yang tidak sengaja melakukan team killing juga.

rainbow-six-sledge

Korang boleh baca senarai penuh patch notes – Update 1.1 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai update pertama ini.

So, amacam? Ada isu-isu yang korang harap dapat dibaiki, tapi tidak terdapat dalam update ini? Kongsikan dengan kami.

JomBaca: Rainbow Six Siege: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Comments

comments