Hari ini, pemain di PC telah diberikan patch 1.2, manakala pemain di PS4 & Xbox One pula akan hadir pada 14 Januari nanti.

tom-clancys-rainbow-six-siege-explosion

Patch 1.2 notes yang telah dikeluarkan Ubisoft pada kali ini telah menyenaraikan beberapa isu penting yang dibaiki. Antara penambahbaikan yang berjaya menarik perhatian kami adalah:

  • Penambahbaikan pendaftaran hit: tick rate server telah dinaikkkan kepada 60 kali per saat untuk semua region.
  • Penambahbaikan matchmaking, di mana skuad yang hanya mempunyai 4 orang sahaja kini lebih mudah untuk menemukan game session.
  • Pemain di PC kini boleh memilih data centre (hanya untuk platform PC buat masa ini)
  • Memperbaiki bug di mana pemain akan tersekat dan tidak boleh bergerak selepas melakukan rapple (namun, ia masih dalam usaha untuk dibaiki dengan lebih baik)
  • Pengaktifan bonus Season Pass buat sementara waktu pada tempoh hari kini telah dimatikan.

Mengenai kelewatan Patch 1.2 ini dikeluarkan di console, Ubisoft mengatakan ia adalah disebabkan proses deployment ke PC adalah lebih cepat jika dibandingkan dengan console, oleh itu, mereka ingin mencubanya dahulu di platform PC jika terdapat sebarang masalah.

Dalam kenyataan yang lain pula, Ubisoft mengatakan Patch 1.3 akan hadir pada pertengahan bulan ini di PC dan akhir bulan ini di console.

rainbow-six-iq

Buat masa ini, sokongan yang diberikan Ubisoft kepada Rainbow Six: Siege adalah sangat memuaskan. Patch dan update yang sungguh kerap, di mana mampu memberikannya beberapa kali dalam satu bulan adalah sesuatu yang harus dipuji.

Korang pula bagaimana? Adakah korang berpuas hati dengan sokongan yang diberikan Ubisoft setakat ini? Kongsikan pandangan korang di ruangan komen di bawah.

JomBaca: Rainbow Six Siege: Tarikh Untuk DLC Pertama Telah Diumumkan!

Comments

comments