Anda sudah boleh mula melancarkan misi-misi ke negara Jepun pada minggu hadapan.

rainbow-six-siege-red-crow-echo

Ubisoft telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk DLC terbaru Rainbow Six Siege, Operation Red Crow. Seperti biasa pemilik Season Pass akan mendapat akses seminggu lebih awal, iaitu pada 17 November, dan kemudian pada 24 November, ia akan diberikan percuma kepada semua pemain.

Operation Red Crow bakal menampilkan dua Operator terbaru iaitu Echo dan Hibana, serta map terbaru yang diberi nama Skyscraper.

Bagi anda yang masih belum mencuba game ini, Ubisoft bakal membawakan game secara percuma pada hujung minggu ini di PC dan PS4.

rainbow-six-siege-red-crow-hibana

Comments

comments